Saturday, January 23, 2016

KEBAIKAN LEMON

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni daku nak share tips tentang kebaikan lemon. 
Buah lemon yang masam manis memang sedap dibuat minuman. Baunya yang harum juga mampu menghilangkan rasa loya di awal kehamilan. Namun di sebalik itu lemon juga buah yang banyak khasiatnya kepada pelbagai masalah kesihatan dan kecantikan secara semula jadi.


Kajian yang dilakukan oleh pakar mendapati mengambil buah lemon yang kaya dengan asid sitrat dan aromanya yang melegakan dapat memberikan banyak manfaat kepada orang yang minum perahan lemon di pagi hari.
 
Ia memang sesuai diamalkan oleh mereka yang memang sedang dalam proses menurunkan berat badan dan mendetoks badan. Jus lemon boleh digunakan secara bersendirian atau dicampur dengan madu, air masak atau buah-buahan lain. 


Lemon memang bagus untuk sistem tubuh badan. Selain sangat diuretic (merangsang pengeluaran air kencing), lemon juga mempunyai agen mencegah dan mengubati kanser. Tetapi dengan syarat mestilah dipanaskan untuk mengeluarkan Lycopene yang sangat baik dan bermanfaat. Jika sekadar memerah lemon ke dalam minuman yang sejuk je, kita hanya akan dapat kebaikan vitamin C sahaja. So, minum lemon suam lagi banyak manfaat dari minum yang sejuk...


Bagi TTCians macam kita ni, amalan minum lemon suam boleh membantu meningkatkan kesuburan sekaligus membantu untuk hamil. InshaAllah. 




Bagi yang mempunyai masalah tiub blocked, boleh jugak mencuba tips ni...
InshaAllah, mana tahu dengan IzinNYA tiub yang blocked tu akan clear...
Testimonial Lemon Suam boleh clearkan Tiub yang blocked (dengan izinNYA) kat Entry

Rasa pahit sebab rendam kulit sekali

Kebaikan : 

Menurunkan berat badan
Amalkan minum air suam dicampur perahan lemon tanpa campuran gula setiap pagi. Ia dikatakan mampu membantu menurunkan berat badan.
 
Detoks
Buah lemon memang terkenal sebagai bahan semula jadi untuk membuang toksin yang ada dalam badan atau detoksifikasi. Caranya sama seperti kaedah menurunkan berat badan.
Bahkan khasiat minum jus lemon juga dikatakan mampu meningkatkan pengeluaran enzim dalam paru-paru yang boleh meningkatkan pembuangan air kencing serta membersihkan buah pinggang.

SUMBER

*** Semoga daku akan terus konsisten mengamalkan lemon suam ni...

No comments:

Post a Comment