Sunday, January 24, 2016

Cara Pengiraan Kitaran Haid dan Purata Kitaran Haid

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah antara 28-30 hari. Tapi wanita masing-masing ada kitarannya yang tersendiri. Ada yang 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari serta ada yang lebih lewat dari itu sebagai contoh 48 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-32 hari.
Kitaran haid ialah satu pusingan kitaran bermula daripada hari pertama anda period sehinggalah hari terakhir sebelum period seterusnya.  
Pusingan haid berlaku bukan mengikut bulan tetapi mengikut kitaran iaitu (cycle)


CARA PENGIRAAN KITARAN HAID
Contoh 1:
5 Januari 2015 – Hari pertama haid (CD 1)
6 Januari 2015 – Hari kedua haid (CD 2)
* dan seterusnya untuk CD 3, CD 4, CD 5 dan sehinggalah kedatangan haid yang baru iaitu new cycle iaitu 2 Februari (cycle baru)

Kitaran haid = 28 hari (5 Januari hingga 1 Februari)

Contoh 2:
2 Februari – Hari pertama haid (CD 1)
3 Februari – Hari kedua haid (CD 2)
* dan seterusnya untuk CD 3, CD 4, CD 5 dan sehinggalah kedatangan haid yang baru iaitu new cycle iaitu 4 Mac (cycle baru)

Kitaran haid = 31 hari (2 Februari hingga 3 Mac)

Contoh 3:
4 Mac – Hari pertama haid (CD 1)
5 Mac – Hari kedua haid (CD 2)
* dan seterusnya untuk CD 3, CD 4, CD 5 dan sehinggalah kedatangan haid yang baru iaitu new cycle iaitu 3 April (cycle baru)

Kitaran haid = 30 hari (4 Mac hingga 2 April)

Sekarang lebih jelas kan mengenai kitaran haid, ada yang kitarannya lebih pendek atau lebih panjang dari contoh diberikan di atas. Selain itu, ramai juga yang keliru mengenai tarikh mana yang dikatakan hari pertama haid @ CD 1?

Adakah hari pertama datang haid atau hari pertama haid berakhir?
Jawapan yang tepat adalah : HARI PERTAMA DATANG HAID.
Sebab, kitaran haid kita bermula apabila gugurnya darah dari dinding rahim kita (uterus), dan BUKANNYA apabila period kita berakhir.
 


PURATA KITARAN HAID
Purata haid setiap orang tak sama. Ada yang 28 hari, 30 hari dan sebagainya. Tetapi purata normal adalah sekitar 28 hari hingga 35 hari. Bagi yang normal haid setiap bulan tu memang senang nak tahu bila hari subur kita.
 

Purata kitaran haid ini penting untuk berOPK...Tips untuk berOPK, boleh refer kat Entry ni

PURATA HAID Purata haid setiap orang tak sama. Ada yang 28 hari, 30 hari dan sebagainya. Tetapi purata normal adalah sekitar 28 hari hingga 35 hari. Bagi yang normal haid setiap bulan tu memang senang nak tahu bila hari subur kita. Yang tak normal? Haaa.... baca kat bawah lagi. Cara kira purata haid seperti dalam carta di bawah ni. Saya olah jadual ni bagi senang faham dan ringkas. Baca, fahami dan kira purata kitaran haid anda.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
PURATA HAID Purata haid setiap orang tak sama. Ada yang 28 hari, 30 hari dan sebagainya. Tetapi purata normal adalah sekitar 28 hari hingga 35 hari. Bagi yang normal haid setiap bulan tu memang senang nak tahu bila hari subur kita. Yang tak normal? Haaa.... baca kat bawah lagi. Cara kira purata haid seperti dalam carta di bawah ni. Saya olah jadual ni bagi senang faham dan ringkas. Baca, fahami dan kira purata kitaran haid anda.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

No comments:

Post a Comment