Thursday, January 21, 2016

BEKAM 26 DISEMBER 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sambungan dari entry ni 
Selepas dari daku jumpa Doktor, turn Hubby pulak dipanggil oleh staf yang jaga kaunter, rupanya dalam masa yang sama dia yang buat bekam...Oooo...Jurubekam rupanya dia...Ingatkan staf biasa sahaja...
Daku tanya, boleh tak nak masuk sekali untuk tengok proses tu?Dia cakap, boleh je...


1st time tengok proses bekam dan daku pulak yang excited...Kiki...

Daku mintak izin untuk snap picture, nanti boleh Hubby tengok...


Alat yang digunakan




Sempat jugak daku ambik video...Yela, 1st time tengok, so jakun la sikit...


Kesan lepas buat bekam

Kesan lepas buat bekam tu akan hilang dalam masa 3@4 hari menurut Jurubekam tu...
Daku tanya Hubby, sakit tak berbekam?Dia kata tak sakit pun, rasa ringan je badan...
Alhamdulillah...

Banyak sangat kelebihan berbekam ni...Nabi pun galakkan buat bekam untuk membuang darah-darah kotor...Ni daku share KELEBIHAN berbekam yang daku copy dari En.Google :

  • Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
  • Memperbaiki aliran pembuluh darah.
  • Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.
  • Bermanfaat penderita asma, pneumonia dan angina pectoris.
  • Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman di bahagian kepala dan wajah migrain dan sakit gigi.
  • Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
  • Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
  • Ketika terkena sengal, sciatica (rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.
  • Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis (pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
  • Ketika mengalami sakit bahu, dada dan punggung.
  • Bermanfaat mengatasi luka – luka, bisul, jerawat dan gatal – gatal kulit.
  • Bermanfaat mengatasi kemalasan, kelesuan dan penyakit banyak tidur.
  • Bermanfaat mengatasi pericarditis (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.
  • Bermanfaat mengatasi keracunan, contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan. Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.
  • Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah.
  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  • Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.
  • Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.
  • Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.
  • Hilangkan stress dan tekanan.
  • Insha Allah mendapat pahala dan keberkatan kerana membuat rawatan Sunnah Nabi SAW.
  • Menggalakkan metabolisma badan kerana sel darah kotor telah keluar dan sel darah baru yang sihat akan terhasil.


***Daku pun plan nak buat bekam lepas ni...InshaAllah bulan Februari kat Kuantan sebab masa tu kitorang balik Kuantan cuti Tahun Baharu Cina...

No comments:

Post a Comment