Thursday, January 21, 2016

Homeopati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 26 Disember 2015, daku dan Hubby g ke Pusat Homeopati tapi boleh juga buat Bekam kat situ. Ada 2 kaedah rawatan yang ditawarkan :
1) Jumpa Doktor dan Doktor consult ubat (kosnya RM 50.00)
2) Analisis dan Scan (kosnya RM 200.00 ke atas) 
Mahal,kan pilihan kedua tu, so, daku pilih pilihan yang pertama...Hihi

Hubby daku pulak buat bekam, sementara tunggu Doktor, kami tengok kat iklan-iklan yang dipamerkan kat dinding, ada pakej-pakej tertentu...Tapi, kami pilih pakej Promosi RM60.00 untuk 4 cups, 3x cucuk (Nanti daku update pasal bekam kat entry lain).

Ok, berbalik kepada cerita daku...Tujuan daku ke sana sebagai ikhtiar untuk merawat penyakit ezcema daku...Beberapa minggu sebelum tu naik bintik-bintik merah dan daku tahu tu adalah elergik, tapi tak pasti elergik apa...Naik kat kedua belah kaki dan sebelah tangan...Daku memang tak nak ke klinik sebab dah tahu nanti Doktor akan bagi krim yang ada streiods...Memang tidak dinafikan, kalau penyakit yang disapu dengan krim streoids ni akan baik dalam masa yang singkat, tapi sebenarnya tak merawat pun, sebab nanti akan terjadi balik lepas tu...


Tunggu dalam setengah jam lebih, Doktor pun sampai...Masa kitorang tunggu Doktor tu ada sorang pakcik dan dua orang anaknya...Daku ingatkan diorang tunggu turn juga, tapi rupanya diorang tunggu Makcik dan anak perempuan yang dah besar menjalani rawatan kat situ...Agaknya, anaknya buat bekam...

Bila nama daku dipanggil, daku ajak Hubby masuk sekali dengan daku...
Doktor pun tanyalah apa masalah daku...Beliau terus buka Buku yang ada kat atas meja...
Sambil-sambil tu cek maklumat dalam komputer berkaitan dengan masalah daku...
Simptom-simptom yang Doktor sebut tu memang mengena dengan diri daku...
Pantang Larangnya, daku tak boleh makan Ikan Aya (Tongkol), Ikan Tenggiri, Ikan Bilis, Daging dan seafood tu confirm memang tak boleh...So, lepas ni memang say no to Nasi Lemak (sekali sekala takpe,kan?)...Huhuhu :'(

Doktor cakap, lagi elok kalau daku mandi dengan Daun Pahit a.k.a Daun Semambu sebab daun tu memang elok untuk kurangkan gatal-gatal...
2 jenis ubat yang daku dapat seperti dalam picture kat bawah...1 ubat titik yang aturannya kena makan selepas makan...Ubat ni memang tersangatlah pahit...Glurrppp!!!
Tapi lama kelamaan bila dah banyak kali minum, tekak dah boleh terima dengan baik kepahitan itu...Cewahhh!!!
1 jenis lagi ubat berbentuk pil dan makan sebelum makan...Kena kemam di bawah lidah...Tapi, arahan kat botolnya, boleh kemam / kunyah...So, sebab nak cepat habis, daku kunyah je ubat tu...Rasanya manis macam gula-gula...

 

 

 

 

Signboard Pusat Homeopati

Ni alamat Pusat Homeopati tersebut:
Klinik D'Health Centre,
No. 1569 C, Kampung Merbau Patah,
Kuala Terengganu.

*** Lokasi Pusat Homeopati tersebut kalau dari Kuala Terengganu, Pusat Homeopati tersebut di sebelah kanan (sebelah Surau Haji Mamat, Jalan Wakaf Mempelam). Kena U-Turn jalan depan sikit...











No comments:

Post a Comment