Monday, February 1, 2016

Ovulasi

Apakah itu ovulasi?

Ovulasi berlaku apabila satu telur atau lebih dilepaskan dari salah satu ovari anda. Ini adalah masa yang paling subur dalam kitaran haid anda.

Setiap bulan, 15 hingga 20 telur matang dalam ovari. Telur yang paling matang dilepaskan ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub falopio. Tiub falopio menyambungkan ovari ke uterus (rahim)

Ovari anda tidak semestinya bergilir-gilir melepaskan telur. Ia berlaku secara rawak.


Bagaimanakah ovulasi menentukan bila saya boleh hamil?

Untuk hamil secara natural, satu telur dan satu sperma mestilah bertemu dalam tiub falopio. Sesuatu telur itu boleh hidup tidak lebih dari 24 jam selepas ovulasi. Oleh itu, pertemuan telur dan sperma mestilah berlaku pada masa ini.

Mengikut kajian, jangka hayat sperma iaitu selama 3-5 hari.Walau bagaimanapun, sperma boleh hidup lebih lama iaitu sehingga 7 hari (jarang berlaku, tetapi, TAK MUSTAHIL) dalam faraj, uterus atau tiub falopio anda. Manakala, ovum pula hanya dapat bertahan selama 24 jam sahaja.
 

Fasa Subur mengikut laman web Fertility Friend adalah selama 5 hari iaitu 3, 2, 1 hari sebelum Ovulasi, Hari Ovulasi dan 1 hari selepas Ovulasi. Jika bersama dalam tempoh itu, telur yang baru diovulasi ini akan berpeluang bertemu dengan sperma yang sihat dan disenyawakan. InshaAllah ada peluang untuk hamil.

  • Proses Ovulasi adalah proses pelepasan sel telur (seperti picture di atas).
  • Proses ovulasi dipengaruhi oleh hormon, iaitu FSH dan LH.
  • Kedua hormon ini dihasilkan oleh kelenjar hipofisis (Pituitary) di dalam otak.

Subhanallah...

Adakah Wanita Berovulasi Setiap Bulan?

Tidak semua wanita berovulasi setiap bulan. Jika ovari tidak menghasilkan folikel matang, ovulasi tidak berlaku. Ini dipanggil Anovulatory Cycle.

No comments:

Post a Comment