Monday, February 1, 2016

Kitaran Period Wanita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ketika baligh (puberty), kitaran haid dan kesuburan seorang wanita akan diaktifkan. Di permulaan kitaran haid, kelenjar pituitary akan menghantar mesej kepada salah satu ovari (wanita ada dua ovari).  Hormon membawa mesej tersebut melalui darah.  Follicle Stimulating Hormon (FSH – hormon yang merangsang folikel) akan mengaktifkan folikel (dalam satu ovari sahaja) supaya matang.



Apabila folikel dirangsang untuk menjadi matang, ia akan merembeskan estrogen. Ketika ini, estrogen adalah sangat dominan.
Antara fungsi estrogen ialah :
  • Ia menurunkan suhu badan wanita kerana manusia sebenarnya prefer suhu yang lebih rendah ketika telur dalam fasa dimatangkan.
  • Estrogen merangsang pengeluaran cecair servik yang membantu sperma hidup hingga 5 hari.
  • Ia melembutkan servik, membawa ia dekat ke saluran vagina dan membuka bukaan hadapan (os).
Apabila satu telur di dalam folikel mencapai tahap matang, satu signal (membawa berita yang telur itu dah matang) akan sampai kepada otak. Otak akan merembeskan Luteinizing Hormone (LH – hormon yang merangsang pengovulan) kepada ovari. Telur yang matang itu akan ‘ditembak’ keluar dari folikel dan fimbria (berbentuk macam jejari kat tiub fallopian tu) akan cepat-cepat ‘mengambil’ telur tersebut. Proses ini dinamakan ovulasi.
 
Selepas Ovulasi, folikel akan bertukar peranan dan namanya. Sekarang ia merupakan corpus luteum dan merembeskan progesterone.

Hormon progesterone berfungsi sebagai:
  • Ia menaikkan suhu badan wanita
  • Ia mengeringkan cecair servik.
  • Ia menutup bukaan pada faraj (os), mengeraskan dan menurunkan servik (jauhkan servik dari vagina)
  • Ia menebalkan dinding uterus (rahim), jika persenyawaan terjadi, embrio itu akan mempunyai kawasan penempelan yang penuh dengan darah, panas dan kaya dengan mineral. Jika persenyawaan tidak berlaku, maka darah itu akan dikeluarkan ketika menstruasi (haid).
Progesterone akan terus aktif selepas pengovulan tidak kira sama ada persenyawaan berlaku atau tidak. Corpus luteum akan ‘hidup’ dan merembeskan progesterone selama 11-16 hari. Jika seorang wanita itu tidak mengandung, corpus luteum itu akan mati, suhu badannya akan menurun dan haid akan berlaku dalam tempoh satu hingga dua hari selepas itu.

illustration of different stages in the menstrual cycle showing release of egg cell from the ovary, development of endometrium, shedding of endometrium during menstruation, maturation of the egg cell in the ovary - Menstrupedia

Every month a sexually mature female's ovary releases an egg cell that travels towards the uterus through the Fallopian tube. The uterus prepares for a possible pregnancy by developing a uterine lining made of tissue and blood vessels. This lining is called endometrium.
If the egg is not fertilized and pregnancy does not occur, the uterine lining is shed and it exits the body through the vagina as a mixture of blood and tissue over a course of 3 to 7 days. This is called menstruation (pronounced: mens-troo-A-shun) or a period. The cycle starts over again with an egg that begins to mature in one of the ovaries. This cycle is called menstrual cycle and is generally 25 to 35 days long.

sumber dari : http://menstrupedia.com/articles/physiology/whats-menstruation

No comments:

Post a Comment