Monday, February 1, 2016

Kenali Cycle Period

menstruation: human menstrual cycle

Cycle period anda terbahagi kepada beberapa fasa seperti di bawah:

1) Fasa Haid - Iaitu masa kita keluar darah haid. Haid normal berlangsung dari 2-7 hari. Pada masa ini dinding endometrium "runtuh" sebab tu keluar darah dan kadang-kadang ada yang keluar juga tisu bercampur darah.

2) Fasa Folikel - Hormon FSH mula bertambah untuk menggalakkan folikel. folikel merembes estradiol dan estrogen. Estrogen merangsang utk pembentukan lapisan baru endometrium dan juga merangsang menghasilkan lendir CM. Kadang-kadang fasa ini boleh jadi lebih panjang dari normalnya. Ia terjadi mungkin kerana faktor hormon. Boleh check dengan Doktor.

3) Fasa Ovulasi - Apabila telur matang, ia merembes estradiol yang mencukupi untuk menghasilkan LH. Normally peningkatan LH berlaku sekitar hari ke 12 dan seterusnya sehingga mencapai peak untuk mendorong pembebasan ovum. Ovum biasanya bertahan selama 24-48 jam. Pada masa ini ialah waktu subur.

4) Fasa Luteal - Selepas ovulasi, sisa folikel membentuk corpus luteum yang menghasilkan progesteron. Progestron membantu mengekalkan dinding endometrium dan sokongan kepada penempelan. Hormon progestron meningkatkan suhu badan. (Kalau buat BBT perasan la peningkatan suhu ni). Jika berlaku penempelan, corpus luteum akan terus menghasilkan progrestron. Kalau tak berlaku, corpus luteum akan mati dan progesteron level akan menurun.


NOTA : Kitaran period adalah bermula dari Fasa Folikel dan berakhir dengan Fasa Menstruation...Telur nak matang mesti ada prosesnya...Bukan terus-terus matang macamtu sahaja...CD 1 tu estrogen kita naik, masa tu juga Fasa Folikel bermula...Yang tak period, masih ada harapan untuk bertelur (pernah ada kes yang lepas gugur or yang baru lepas bersalin, belum pun datang period, belum pun datang period, terus lekat)... Proses reproduktif wanita bermula dari Ovulasi barulah period, maknanya ada telur matang dahulu... Kalau ada persenyawaaan, terus pregnant dan kalau sebaliknya, maka turunlah darah period...

No comments:

Post a Comment