Monday, February 1, 2016

XY dan XX + Tips Untuk Mendapatkan Baby Boy dan Baby Girl

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Entry kali ni nak cerita pasal penentuan jantina baby...Tapi ni adalah sekadar teori dan perkongsian semata-mata...Hanya Allah sahaja yang menentukan segala-galanya...Kita hanya merancang, tapi DIA yang di atas yang mengetahui segala apa yang berlaku dan akan berlaku...

XY dan XX
Benih lelaki iaitu sperma, mempunyai kromosom seks ‘XY’ dan benih wanita iaitu ovum, mengandungi kromosom seks ‘XX’. Semasa proses persenyawaan berlaku antara benih lelaki atau perempuan, kromosom seks lelaki berpisah menjadi X dan Y dan kromosom seks wanita berpisah menjadi X dan X. Salah satu daripada kromosom seks lelaki bercantum dengan salah satu daripada kromosom seks perempuan bagi menentukan status jantina seseorang bayi.

Oleh kerana kedua-dua kromosom seks wanita adalah sama-sama iaitu X dan X, sedangkan kromosom seks lelaki adalah berbeza iaitu X dan Y, maka yang menentukan samada seseorang bayi menjadi lelaki ataupun perempuan adalah kromosom lelaki. Sekiranya kromosom X lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi perempuan. Sebaliknya, apabila kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi lelaki. Justeru benarlah kenyataan Allah yang mengatakan kejadian lelaki dan perempuan ditentukan oleh nuthfah atau sperma lelaki.  
Dr. Danial Zainal Abidin

 

Bila BD sebelum O, chance untuk dapat baby girl tinggi. Jantina baby ditentukan oleh gen suami (XY), perempuan punya Gen XX. Gen Y walaupun laju tapi cepat mati berbanding dengan Gen X.
Bila BD sebelum O, Gen X (dari lelaki) yang ada akan bertemu dengan Gen X (dari perempuan), so jadilah XX (perempuan).
Bila BD hari O, Gen Y (dari lelaki) yang bersifat aktif akan bertemu dengan Gen X (dari perempuan), so jadilah XY (lelaki).
Bila BD 1 hari selepas O (dengan syarat tak BD sebelum O), Gen Y (dari lelaki) yang bersifat aktif akan bertemu dengan Gen X (dari perempuan), so jadilah XY (lelaki).
 

Hope faham dgn penerangan daku tu...
Tu hanya teori sains...Apa-apa pun, semuanya atas kuasaNYA...

 

Ciri-Ciri X dan Y
X – Jangka hayat lebih lama, Bergerak lambat, Tahan dalam keadaan berasid
Y – Jangka hayat singkat, Bergerak pantas, Tahan dalam keadaan berakali

Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki [XY]
  1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman bergas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
  2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.
  3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching ’atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas, 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
  4. Kaedah suntikan benih lelaki (artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.
Petua Untuk Mendapat Anak Perempuan [XX]
  1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam, nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
  2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’
  3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang. Apa yang ditentukan pastinya itu adalah terbaik untuk kita.

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment