Monday, February 1, 2016

Sakit Gigi + Demam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

*** Throwback
 
16 Januari 2016, Sabtu

Daku dah mula rasa simptom-simptom nak demam...Lepas balik dari Program CSR Bersama Anak-Anak Yatim Al-Akhyar di Mengabang Kapal, Batu Rakit, daku terus rasa tak sedap badan sebab cuaca hari tu sangat panas...Masa tu gigi daku dah mula sakit-sakit dan gusi membengkak...Malamnya, badan rasa seram sejuk je...

17 Januari 2016, Ahad

Suhu Badan Asas (BBT) yang daku ambil pukul 6.00 pagi mencecah 36.77, tak menunjukkan daku demam, tapi agak tinggi padahal daku baru CD 5 hari tu...Daku memang tak larat sangat-sangat sebab sakit gigi ni semakin menjadi-jadi, tak dapat nak g kerja la nampaknya...

Tup-tup pukul 11.00 pagi suhu daku terus mencanak naik ke 39.06...Memang sah demam dah tu...DEMAM SAKIT GIGI...


Tinggi,kan???

Untuk turunkan suhu, daku mandi dan letakkan tuala basah atas kepala...
Alhamdulillah, suhu turun ke 37.76...



Pukul 2.15 petang, Alhamdulillah suhu dah start turun ke paras 37.39 dan pada pukul 4.25 petang, suhu turun ke 37.35, masih ada lagi rasa demam tu, tapi dah berkurang sikit...



Alhamdulillah, pukul 5.51 petang suhu yang daku catatkan 37.02...Yeay!!!



Malamnya, Hubby daku ajak ke klinik...Kami ke Klinik Pergigian Wan Maliha di Chabang Tiga yang tak berapa jauh dari rumah...
Masa pendaftaran tu, staf klinik bagitahu yang ada hanya Doktor lelaki...Takde pilihan, so daku sanggup je...
Masa sampai tu, dah ada sorang pakcik dan makcik yang menunggu giliran...
Dalam pukul 8.15 malam, tiba turn pakcik tu...Lama sangat dia duduk kat dalam bilik tu...
Rasanya dalam sejam gak daku menunggu...Dahlah sejuk yang amat duduk dalam aircond sambil menahan sakit gigi...Hanya Allah sahaja yang tahu...
Sampai turn nama daku dipanggil, daku pun masuk ke bilik pemeriksaan...
Doktor hanya cek sekejap sangat-sangat, macam tak berbaloi dengan penantian daku yang agak lama tu...Huhu...
Doktor tu cakap, ada 2 pilihan saja...Sama ada cabut atau buat rawatan akar.
Kat klinik tu takde buat rawatan akar untuk gigi geraham...Yang ada kat Klinik Pergigian Hamidah saja...Klinik tu hanya buka siang hari sahaja...
Doktor tu bekalkan daku dengan Ubat Tahan Sakit dan Antibiotik...
Daku request untuk dapatkan MC untuk esok hari (17 Januari 2016)...
Kos untuk hari tu = RM 25.00






18 Januari 2016, Isnin

Daku repeat ke Klinik Wan Maliha sebab hari tu daku sambung MC...Demam dah kebah, tapi gigi masih sakit lagi...
Sampai awal dan klinik tu masih belum buka...Hihihi...
Kami rela tunggu je kat situ 15 minit...Yela, tak nak la jadi macam malam sebelum tu...
Tunggu lama sangat bila dah ada yang menunggu...
Alhamdulillah, dapat nombor pertama...
Doktor lain pulak yang bertugas kali ni, tapi Doktor yang ni cek agak details sikit...
Doktor tu cakap, tak dapat nak buat apa-apa sebab bengkak tu dan katanya apa-apa prosedur, kena tunggu hilang bengkak, kalau tak nanti banyak nanah yang akan keluar...
Daku request untuk dapatkan MC untuk hari tu (18 Januari 2016)...
Kos untuk hari tu = RM 5.00 (Consultation Only *Daku agak).


19 Januari 2016, Selasa

Sampai di opis, daku terus mengisi Kad Rekod Cuti dengan berwarna MERAH refer kepada CUTI SAKIT.



20 Januari 2016, Rabu

Selepas breakfast dengan kawan daku, daku saja ke Klinik Pergigian Hamidah sebab gigi daku masih rasa sakit walaupun makan ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh Doktor....
Ingatkan nak survey dulu, tapi Dr Hamidah cakap boleh buat terus hari tu...Pelik pulak sebab takde pulak Dr Hamidah kata tak boleh buat takut nanah keluar...

2 batang gigi geraham yang kena buat rawatan akar tu dan kosnya Fuhhhh!!!
Terpaksalah demi menyelamatkan gigi dari dicabut...
Dahlah sebelum ni, 2 batang gigi dah hilang sebab cabut (masa tu tak tahu ada rawatan akar ni)...First time buat rawatan akar tahun 2013 dengan Dr Hamidah jugak...Tak ingat dah kosnya berapa...

Selama sejam jugaklah prosedur tu berjalan...Masa 3 batang jarum dimasukkan ke dalam gigi geraham atas tu daku tak rasa sakit langsung, berbeza dengan masa jarum dimasukkan ke dalam gigi geraham bawah, sakit woooo...

Tapi, Dr Hamidah ada pesan, kalau sakit atau sengal, bagitahu dia...Tapi, bagi daku yang pernah rasa sakit yang lagi sakit (masa selepas buat laporoscopy) dari sakit tu, so daku tahankan saja...








Daku bayar ansurans untuk kos rawatan ni sebab tak mampu bayar sedebuk...
RM 1,835.00 (RM 300.00 x 2 batang gigi + RM 600.00  x 2 batang gigi + RM 35.00 (Ubat)).
Tak sure RM 300.00 dan RM 600.00 tu untuk apa...Nanti daku tanyakan bila jumpa Doktor 14.2.2016 nanti...X-ray pulak Free Of Charge...Yelaaa, memang patut bagi free je sebab caj tu pun dah MAHAL wooo...


Dr Hamidah bekalkan daku dengan 2 jenis Antibiotik yang dosnya 250mg dan 200mg, Ubat Tahan sakit, dosnya jugak 250mg, sebab tu la kena makan 2 biji sekali makan...
Daku jugak dibekalkan dengan Listerine untuk berkumur...
Kos ubatan tu RM 35.00...






Pengiraan daku untuk kos rawatan tersebut...Hanya daku sorang je yang faham...Hihi


Alhamdulillah, lepas buat rawatan tu gigi daku dah tak sakit...

14 Februari 2015
Follow up balik, then buat Xray sekaligus...
1st time Xray gigi sangat menyakitkan, nak-nak kat past gigi bawah...
Rasa nak termuntah sebab kena jolok dengan kertas yang diletakkan dalam mulut daku...
 






 

Time Slip, tapi ala-ala MC gitu

Bayar lagi RM 600.00 dan masih ada lagi baki sebanyak RM 700.00...

Hari tu daku ada tanya RM 600.00 dan RM 300.00 tu untuk apa, tapi lupa lagi...
Huhuhu...
Nanti next appointment 14 Mac ni daku tanyakan sekali lagi dan tulis kat kertas, barulah tak lupa nanti...
Ingatkan dah tak perlu datang dah, tapi disebabkan Doktor Hamidah masih belum jumpa satu lagi akar gigi daku, so memang kena follow up balik nanti...
Harapnya, lepas ni dah tak perlu ke sana dah...
Sebelum ke klinik tu, daku memang kena buat UPT siap-siap sebab 14 Mac 2016 tu daku dah DPO 13...Hurmmm...Kalaulah betul daku pregnant, semoga UPT akan ada line kedua tu...Aamiin...
Biasanya agak lambat dapat detect...Huhu   

No comments:

Post a Comment