Tuesday, February 2, 2016

CYCLE KE-45 BerBBT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Dah lama rasanya daku tak membebel pasal BBT kat sini...
Ni ada sedikit perkongsian daripada saya yang dah berBBT selama 45 cycles...Semoga bermanfaat...



PICTURE NO.1 :
On CD 3 terskip temping
On CD 5, daku DEMAM, daku temping, tapi tak key in data suhu sebab suhu demam tak valid. FF takkan ambil kira suhu tersebut
Masa belum key in suhu on CD 20, korang boleh nampak, takde redline yang appear,kan?



PICTURE NO.2 :
Bila daku key in suhu on CD 20 tu, terus redline appear kat CD 15…
FF punya konsep, redline tu hanya APPEAR bila terdapat SEKURANG-KURANGNYA 3 hari PENINGKATAN suhu (means seawal DPO 3 baru redline tu appear .Paling lewat bila BIPHASIC PATTERN kat chart clear) dan BIPHASIC PATTERN yang clear…
Dalam kes saya ni, redline tu appear bila dah DPO 5, sebab masa DPO 3 tu BIPHASIC PATTERN tak clear…



PICTURE NO.3 :
Bila key in data suhu hari ni, lagi clear BIPHASIC PATTERN daku OVULATE on CD 15…
On CD 17 DPO 2 tu adalah Corpus Luteum Dip (CLD)
Suhu turun, bermakna Corpus Luteum diarahkan untuk penghasilan progesterone bagi penebalan dinding rahim di mana persediaan bagi proses penempelan. Corpus Luteum adalah saki baki folikel selepas pengeluaran telur. Tidak semua akan mengalami CLD. Jika anda mengalami CLD, suhu akan drop (sesiapa yang berBBT boleh alert suhu drop ataupun tidak) tanda estrogen drop dan Corpus Luteum akan menghasilkan progesterone, seterusnya suhu akan kembali tinggi.

CLD ---> Estrogen turun, Progesterone meningkat
*CLD hanya berlaku sekitar DPO 2 hingga DPO 5

Peningkatan suhu ni ada kaitan dengan hormon progesterone dan tanda-tandanya ada kat Entry
Macam daku, paling ketara daku akan mengalami Tender Breasts.

No comments:

Post a Comment