Tuesday, September 1, 2015

Hysterosalpingography (HSG)

APA ITU HSG???

Hysterosalpingography (HSG) is a radiologic procedure to investigate the shape of the uterine cavity and the shape and patency of the fallopian tubes. It entails the injection of a radio-opaque material into the cervical canal and usually fluoroscopy with image intensification.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ok, daku nak cerita pengalaman HSG daku...


HSG Done on 24 Disember 2012

Meh nak story satu persatu…Harap korang sudi baca hingga ke nokhtah terakhir…Maaf kalau ada kata-kata yang tidak difahami dan kalau ada yang korang tak suka baca coretan daku, daku tak paksa, ok?Ni semua sebagai panduan untuk korang yang belum pernah buat HSG…

Ok, let’s me start the story…Daku sampai lebih kurang pukul 1.45 petang dalam keadaan basah-basah sebab hujan sangatlah lebat…Sampai je, terus ke kaunter pendaftaran, then nama dipanggil ke Bilik Temujanji atau Konsultasi. Kena soal siasat lagi pasal persediaan sebelum buat HSG tu (ada BD ke tak, LMP bila, ada alahan seafood @ tak dan ada alahan apa-apa ubat tak)…Sehari sebelum tu pun dah ada nurse yang ingatkan pasal HSG Appointment ni dan tanya soalan yang sama….Huhuhu…

Then, keluar dari bilik tu, tunggu sehingga nama dipanggil…Bila menunggu ni, hati tak keruan je sampai rasa nak membuang je…Tanya kat kaunter kat mana toilet terdekat…Ok, dah siap dan pergi kat tempat menunggu, tapi nama still tak dipanggil pun lagi…Makin tambah berdebar je…Jam dah menunjukkan pukul 2.30 petang..Tup-tup, nama dipanggil oleh Nurse yang berbaju biru dan disuruh ke tempat paling hujung (lupa nama biliknya apa…sebab nervous sangat agaknya).

Sesampainya kat situ, rupanya dah ditunggu…Yang kelakarnya, diorang tanya, ni doktor ke?muahahaha :p…Ada gaya doktor kah daku ni?hehehe…Daku cakaplah, saya yang nak buat HSG, sambil tunjukkan Borang yang ada di tangan nurse tu…Rupa-rupanya diorang dah panggil nama daku, tapi masa tu daku ke toilet…

Masuk je bilik tu, disuruh tukar baju yang telah dikhaskan…Nurse yang bernama Hani (tapi, membahasakan dirinya Mama) suruh daku tanggal semua pakai, kecuali bra je…Macam pelik je tengok bajunya, then daku tanya macamana nak pakai…Dah betul dah pakai, tapi bila mintak tolong dengan adik praktikal (doktor) untuk ikatkan tali baju tu sebab tali tu kena pakai ke belakang…Tup-tup, salah sorang dari adik praktikal tu cakap daku pakai terbalik…Kena tukar pulak, then senanglah nak ikatkan tali tu sebab tali kat depan…

Ok, selepas dah siap tukar baju, kena tunggu lagi…Tunggu doktor O&G yang masih tak sampai…Dalam masa menunggu tu, ada seorang lelaki (daku fikirkan juru xray, rupanya doktor) yang menyuruh adik-adik praktikal tu explain kat daku prosedur HSG…Siap dah ada lukisan bentuk uterus dan tiub serta bentuk alat-alat yang akan digunakan. Ada 2 jenis alat iaitu yang stainless steel (hujungnya bergigi.ada 3 jenis saiz pulak) dan plastik (hujungnya ada bebola). 

Boleh refer kat sini :  

SUMBER DARI GOOGLE

Selepas adik-adik praktikal tu explain, berkali-kali diorang tanya dan suruh daku fikir yakin ke nak buat HSG ni?Sangat lama menunggu doktor O&G datang, then sekali lagi doktor dari Xray tu pulak yang terangkan pada daku benda yang sama dan apa expectation sebelum, semasa dan selepas buat HSG ni…Kesan-kesan HSG dan teknik-tekniknya sekali…Then, doktor pun Tanya jugak soalan yang sama, adakah daku memang nak buat HSG ni?Aiyoyoyo….Buat daku nervous je…Tapi, tu la…daku tetapkan hati dan yakinkan diri yang takkan sakit…Mengigil-gigil duduk dalam bilik tu sebab sejuk, dahlah pakai baju seksi dan seksa…c(=

Ok, bila doktor O&G datang, doktor Xray tu menyuruh kedua-dua orang doktor tu explain kat daku pasal prosedur dan kesan-kesan lepas buat HSG…Daku tak perasan pun 2 orang doktor yang bagi penerangan kat daku tu doktor O&G sampaikan daku tanya, mana doktor O&G sebab muda sangat sampai ingatkan doktor praktikal…Muahahaha =p

Kedua-dua doktor tu nak gunakan alat yang plastik yang ada bebola di hujungnya, tapi doktor Xray tu macam tak berapa suka dan tak galakkan sebab alat plastik tu agak berisiko kalau bebola kat hujungnya tu tak mengembang…Alat yang stainless steel tu diorang tak biasa guna…Tapi, doktor Xray tu terangkan cara penggunaannya…Kat hujung alat tu macam mata gergaji, sebab tu la lepas HSG tu mungkin akan berlaku pendarahan…Kesian jugak tengok 2 orang doktor tu terkulat-kulat kena marah dengan doktor Xray tu…Membebel dia cakap itulah korang sekarang ni, belajar nak senang je, tak guna cara lama dan fikir cara mudah je…

Doktor ada pesan, jika berlaku pendarahan berpanjangan lebih dari 5 hari, sakit pinggang, sakit masa nak kencing, kena cepat-cepat ke klinik yang berdekatan. Elakkan SI (muahaha…ingatkan apalah…Sex Intercourse rupanya)…Then, lepas selesai penerangan (Bayangkan daku diberi penerangan selama lebih kurang 1 jam jugak la), sekali lagi doktor tu tanyakan lagi memang betul-betul nak buat HSG ni?

Ok, bila daku dah naik atas katil tu, tup-tup nurse tu kata, eh awak salah pakai baju ni…Dia suruh betulkan balik dan tolong daku…Mulanya dah betul dah daku pakai, tapi adik-adik praktikal tu yang cakap salah….Aiyoyo…
Lebih kurang pukul 3.20 petang, doktor-doktor O&G tu mulakan prosedur…Doktor Xray tu hanya akan join bila part sebelum dan selepas masuk dye je…Yela, malu wooo duduk terkangkang…Masa speculum dimasukkan tu, dah rasa tak selesa…Daku ditemani oleh seorang adik praktikal yang menenangkan daku…Dipesan, kalau sakit, tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan…Sambil-sambil tu baca selawat…Alhamdulillah, tak sakit…Tapi, sangat-sangat sejuk duduk dalam bilik tu sampaikan kaki dan kepala terasa kebas-kebas…Ingatkan dah siap, rupa-rupanya ketiga-tiga saiz alat stainless steel tu tak dapat dimasukkan, so doktor gunakan alat plastik yang hujungnya ada bebola tu…Daku sampai gigil-gigil dah menahan kesejukan yang teramat, tapi mujur ada adik praktikal tu yang tenangkan daku…

Ok, sebelum masuk alat tu, kena masukkan semula speculum tu sebab nak buka servik…Tips kalau tak nak sakit, kena tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan nafas perlahan-lahan…Kena bertenang dan relakskan badan…Alhamdulillah, tak sakit…Sebab, masa tu daku bayangkan tak sakit dan baca selawat dalam hati…Sentiasa fikirkan tak sakit dan inilah pengorbanan untuk menjadi seorang ibu…Selepas siap masukkan alat tu, speculum dikeluarkan…Then, daku disuruh beralih ke atas sedikit…Masa tu ingatkan dye dah dimasukkan, rupanya belum…Sempat lagi tanya kat adik tu pukul berapa masa tu…Pukul 4.00petang dah…

Ok, doktor Xray tu masuk untuk lakukan Xray…Sebelum dye dimasukkan, doktor snap 1 picture…Masa dye tu masuk, rasa macam sakit sengugut…Kejang je rasa kat perut…Then, doktor suruh mengiring ke kanan dan lepas tu mengiring ke kiri…Daku request nak tengok jugak skrin komputer tu….hehe
Nampaklah kat skrin tu dye tu mengalir, tapi memang agak frust jugak bila doktor cakap, sebelah kanan tak ok…

Ok, siap semuanya…Daku masuk kat bilik untuk salin baju, Ooopppsss!!!Lupa pulak, adik tu cakap, kena basuh dulu Miss V sebelum balik…

Then, bila dah siap salin baju, daku disuruh duduk, doktor bagi penerangan…Ada benda yang tak dapat dipastikan apa kat pintu serviks daku…Doktor cakap, macam ketulan darah dan kalau darah inshaAllah dye yang dimasukkan tu dah cucikan darah tu…Tiub sebelah kanan block ataupun tak boleh nak cakap block jugak, mungkin dilahirkan tanpa tiub belah kanan atau pernah buat operation ke…Sebab, memang tak nampak langsung dye tu mengalir ke sebelah kanan…Tiub sebelah kiri dan rahim, Alhamdulillah ok…Doktor cakap, takde masalah untuk pregnant...

Daku tanya, macamana saya nak unblocked tiub tu…Dia cakap, kena tanya kat doktor O&G masa next appointment…Masa tu la daku tanya, result xray ni tak diprint ke?Dia cakap, zaman sekarang dah canggih, ada telefon kamera…So, dapatlah daku snap sekeping picture untuk simpanan daku…Result tu akan dikey in dalam sistem je…Semasa doktor explain, nurse bagi paracetamol untuk tahan sakit…Daku tanya kalau tak makan, takpe ke?Sebab, tak sakit…Doktor cakap, kalau makan sekarang, malam karang tak sakit…So, ikut je arahan doktor…2 biji paracetamol daku telan…

*** Alhamdulillah, darah stop sehari selepas prosedur…Maknanya sehari je keluar darah…Darah yang mula-mula tu warna merah wooo…Lama-lama baru keluar macam darah period yang last…

Ok, sekian sahaja story HSG daku…Terima kasih kerana sudi membaca...

Surat Persetujuan untuk menjalani HSG
Syarat-Syarat atau Panduan sebelum, semasa dan selepas HSG
Ni picture yang daku snap kat skrin komputer hospital



No comments:

Post a Comment