Tuesday, September 1, 2015

Cycle Ke-17 berBBT

Tak tahu nak letak tajuk apa untuk entry kali ini...

Daku share apa yang daku masih ingat...
Maaf kalau ada yang tertinggal...
Maklumlah dah terlalu lama...
2 TAHUN sudah berlalu...

CYCLE KE-17 PENUH MISTERI...
Sesuai betullah dengan tajuk chart tu, NAK REST CYCLE NI DAN ENJOY!!!
Rupa-rupanya Allah nak HADIAHKAN sesuatu, walaupun hanya SEKEJAP, tapi sempat merasai DETIK-DETIK itu...

TAK TAHU nak mulakan dari mana...Huhu...

Cycle ni memang nak rest dan bersedia untuk buat IUI untuk next cycle...
On My Second Anniversary, period datang menjengah...



Taraaaa....Ni la hasil OPK tu...

 SANGAT TERKEJUT!!!
Perasaan pelik menyelubungi diriku sebab tak pernah dalam sejarah berOPK, line T naik dahulu sebelum line C...Bercampur baur perasaan masa tu...
Terus    TERDETIK    (+dug dag dug dag)...
Adakah daku PREGNANT???

Terus BERDEBAR sebab pada 25 Mei 2013, daku keluar spotting (*) yang sangat misteri dan tak pernah berlaku sepanjang hayat daku...Bila daku tanyakan kat Group, ada yang respon mungkin itu darah period yang tak habis keluar...Masalahnya, period daku bersih dari CD 7 hinggalah ke CD 10, tup-tup CD 11 (25 Mei 2013) keluar spotting...
Ada jugak yang respon, kemungkinan spotting tu adalah Ovulation Spotting...

Then, keesokan harinya on CD 12 keluar lagi spotting (*) tu berserta Egg White dan ini menambahkan kemusykilan daku...Tapi, masa tu daku memang anggap itu baki period yang tak keluar habis hari tu
 


On CD 13 masih keluar spotting dan Alhamdulillah CD 14 hingga CD 16 clear...
Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari...
Tetiba sahaja on CD 17 keluar lagi spotting tu, tapi daku solat seperti biasa sebab daku anggap tu adalah darah istihadah...
Hanya sehari sahaja keluar spotting tu...Alhamdulillah tak berlarutan...
Maaf, tak dapat nak cerita detail sebab dah lupa (dah lama tu).


Ni pulak hasil combination chart 



 +


 ----->



Ok, nak sambung cerita selepas dapat OPK +ve on CD 15 (19 Mei 2013) @ CD 36 (tengok kat chart di atas)...

Daku dah start makan Women Secret Receipe (WSR) seperti dalam gambar di bawah pada 16 hingga 19 Mei 2013...Last makan maghrib 19 Mei, then masa tu dah teragak-agak nak makan, tapi kutelan jua...Kiki.

Malam tu, daku bermimpi dan mendapat ALAMAT dalam mimpi tu yang daku kena STOP makan WSR tu...PELIK,KAN???

 

 

Keesokan harinya, daku capai UPT dalam peti ais, then ni la hasilnya...

..............



Terus meluru kat Hubby, tunjuk UPT tu dan dia pun terkebil-kebil je...
Daku pergi kerja macam biasa, tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa risaunya...Yela, sebab memikirkan darah yang keluar 5 hingga 16 Jun tu darah apa...

Apa yang daku ingat, daku banyak bercerita kat WhatsApp Group Suri Hati Keluarga (Kawan-Kawan BBT sebatch), dan diorang yang banyak support dan memberi kata-kata semangat kat daku...

Tengah hari 20 Jun 2013, daku ajak kawan opis daku ke farmasi...
Then, balik kerja (Khamis balik awal) terus daku buat UPT sekali lagi...

Dan, ni la hasilnya....

..............





Berbincang dengan Hubby dan kami bersepakat untuk ke Klinik...
Malam tu terus ke Klinik Ihsan, Dr Anitawati suruh repeat UPT lagi dan hasilnya memang +ve...
Dia pelawa untuk scan walaupun tahu sebenarnya memang peluang untuk nampak apa-apa agak tipis...
Daku ikutkan je sebab, tak tahu apa yang patut daku buat...
Lepas scan abdomen, memang sah tak nampak apa-apa pun...
Agak FRUST masa tu, tapi masih fikir +ve...

Daku mintak Dr Anita untuk buatkan Reference Letter sebab takut apa-apa yang tak baik berlaku nanti...Dr Anita bersetuju...

Apa yang bermain di fikiran, EKTOPIK ke?Mintak dijauhkanlah...Aamiin...

 
Repeat guna First Morning Urine (FMU) keesokan paginya...
Dan, ni la hasilnya....

..............





Repeat guna CBD yang dah lama tersimpan...
Dan, ni la hasilnya....

..............


Masa keluar kat skrin CBD tu PREGNANT, Allah sahaja yang tahu perasaan daku...
Tunggu keluar Nombor 3+ tu agak lambat...
SUSPEN je dibuatnya...
 

Jumaat, 21 Jun 2013 lepas Hubby Solat Jumaat, kami terus ke Emergency Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu...


Reference Letter from Klinik Ihsan + No. Giliran @ HSNZ

Nanti, daku cerita kat entry lain ye...


REWIND BALIK CYCLE SEBELUM THIS CYCLE

Kalau ikutkan, daku dah pernah buat UPT pada 11 Mei 2013 yang lepas, masa tu DPO 14 disebabkan on DPO 13 tu keluar spotting (berangan implantation spotting). Tak pernah dalam sejarah keluar spotting tapi takde flow, so bila suhu keesokan harinya on DPO 14 tu suhu tetiba naik, terus buat UPT, tapi resultnya -ve...
FRUST!!!
 


On DPO 15, suhu mulai turun, so memang dah get ready siap-siap...
PERIOD memang akan datang la tu...
Memang seperti yang dijangka, 4 hari lepas tu keluarlah flow...

Spotting dalam FASA LUTEAL a.k.a FASA DPO ada dua kemungkinan :
  1. Implantation Spotting 
  2. Premenstrual Spotting

Ni pulak hasil eksperimen :

 +


----->




Tujuan daku combine antara 2 cycles tu sebab bila fikir-fikir CBD tu keluar PREGNANT 3+,
means 5 Weeks++ ke atas 
Result darah = Beta HCG pun Ribu-Ribu

No comments:

Post a Comment