Daku nak sharekan result progesterone level dan BBT chart daku yang lepas...
Istilah yang digunakan - Test Serum Progesterone D21 sebab mengambil kira normal cycle 28-30 hari iaitu Ovulate on CD 13 @ CD 14.....Macam kita yang ada buat BBT ni memang tahu exactly kita Ovulate, so memang blh counting la DPO 7 tu on CD berapa2...Kalau yang tak buat BBT, memang tak tahu...So, itulah salah satu kelebihan buat BBT...
Kat sini, daku nak kongsi pasal Blood Test serum Progesterone CD 21...
Sebagai contoh, cycle kat atas tu, daku tak Ovulate on CD 13@CD 14...
So, kalau amik darah untuk test hormon progesterone on CD 21 tu, mestilah resultnya tak accurate sebab daku belum Ovulate...
Based on BBT Chart tu, daku Ovulate on CD 21...
So, tak hairanlah kalau dapat result low (ni kalau daku takde ilmu BBT, mesti down dapat result macamtu)...
Untuk pengetahuan korang, untuk test hormon progesterone tu paling accurate buat masa DPO 7 hingga DPO 10...
Cara pengiraannya :
Katakan :
1) Ovulate on CD 13
So, CD 14 dah DPO 1
CD 15 dah DPO 2
....CD 21 ---> DPO 8
2) Ovulate on CD 14
So, CD 15 dah DPO 1
CD 16 dah DPO 2
....CD 21 ---> DPO 7
-------------------------------------------------------------------------------------------------
1) BBT chart daku masa buat progesterone test tu :
Masa mula-mula buat treatment kat HSNZ...
Cycle paling panjang selama buat BBT...
Ovulate lewat cycle ni...CD 35 baru Ovulate...
So, masa amik darah CD 21 tu, memang dah dapat agak akan dapat result low...
Memang betul pun...Masa 1st Appointment kat O&G, dapat result ni...
Progesterone daku hanya 2.06 je...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
2) BBT chart daku masa buat progesterone test tu :
Masa 1st cycle on clomid 100mg (sepatutnya, kena amik masa 2nd cycle on clomid 100mg, tapi daku sengaja nak badingkan dengan result 1st cycle on clomid 50mg), result progesterone daku 71.35...
Nampaknya, clomid memang respon pada badan daku, tapi belum sampai rezeki daku...
Cycle ni daku Ovulate on CD 14...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
3) BBT chart daku masa buat progesterone test tu :
Masa 2nd cycle on clomid 100mg (tapi saya tak sure kenapa daku amik darah masa CD 24, bukan CD 21...pelik je), result progesterone daku 66.51...
Daku Ovulate CD 15 cycle ni...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
4) BBT chart daku masa buat progesterone test tu :
Ok, yang ni last...
Kali ni, daku buat test sekali dengan CA 125...
Alhamdulillah, result progesteron daku ok...
Cycle ni daku Ovulate on CD 13 dan cycle terpendek dalam sejarah berBBT...
Result yang ni sahaja yang ada dalam simpanan, sebab yang lain tu buat di HSNZ, so daku tak diberikan kertas result tu...Doktor hanya simpan data dalam sistem diorang je...
InshaAllah this cycle nak repeat buat progesterone test ni di Klinik Ihsan, tapi tak sure harganya berapa...Mesti dah naik agaknya...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
5) Ni BBT Chart daku cycle ni setakat hari ni :
Alhamdulillah, sempat buat Serum Progesterone Test hari ni...Hari ni Hubby daku balik awal, so masa on the way balik, kitorang singgah kat Klinik Ihsan, Jalan Hiliran Jejawi...
Masa tu, klinik tu dah nak tutup sebenarnya...Dah padam dah lampu, tapi sempatlah daku tanya kat staf yang jaga kaunter tu, then Doktor Anitawati jengukkan diri kat kaunter pendaftaran...Hajat di hati nak buat sekali dengan Test Kolesterol, tapi bila daku tanya syaratnya memang kena puasa at least 6jam...Last daku makan, pukul 1.00 petang tadi...
Tu la, dah plan nak call dulu klinik tu, tapi sibuk sangat, sampaikan terlupa..Lain kali, rajinkanlah diri search kat Google, barulah dapat info...
Ohye, Doktor Anitawati call kat Path Lab untuk confirmkan boleh tak ambil sampel darah daku tu esok, then dia akan simpankan dalam peti ais...Masa nak bayar tu, daku tanya kosnya berapa...Alhamdulillah, harganya tak naik...RM 45.00...Kalu buat kat BP Lab, kosnya RM 40.00...
Tak sabar nak tahu resultnya...Semoga resultnya ok dan baik-baik saja...Aamiin...
Ok, ni sedikit info pasal hormon progesteron ni :
KEPENTINGAN HORMON PROGESTERONE :
Dr Zubaidi
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ni, menu our dinner - Sambal Sotong, Telur Dadar, Ulaman Bendi dan Terung Bakar...
Nyummmy...
Malam semalam, Hubby daku belanja daku kasut kerja kat Kedai Footlink...
Dapat harga diskaun sempena promosi pembukaan kedai...Owner kedai tu staf kat tempat kerja daku jugak...Hadiah yang daku dapat ni sempena HARI WANITA yang jatuh pada hari ni...TQVM, Hubby...Love U So Much...
CANTIK SANGAT,KAN???
Hihihi =p
Tak pernah lagi buat blood test progesterone test sendiri.
ReplyDeleteTapi alhamdulillah dengan bbt dah tau progesteron normal after ovulation.
Tapi macam best je buat blood test tu.. lepas ni nak try gak lah.. suka-suka... 😊😊
best tu best, tapi agak mahal jugak sebab daku kt trg...tp, kalau sis area KL, rasanya murah...
Deleteblh buat kt BP or Path Lab...tp, BP Lab lagi murah...hari tu kwn ada ckp, kos kt BP Lab hanya rm30 je...