Saturday, February 6, 2016

10-11 September 2011 ~ Warded @ Hospital Hulu Terengganu (HHT), Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

***Throwback peristiwa tahun 2011

Dah ingat-ingat lupa dah peristiwa yang berlaku, tapi daku akan cuba ingatkan balik...Hihi...

First time buat UPT lepas kahwin 5.6.2011...
Masa ni, baru saja 2 bulan kahwin...Inai pun masih merah di jari...
Alhamdulillah, dapat merasakan UPT double lines ni walaupun sekejap je dipinjamkan...


Masa ni, yang daku ingat, LMP daku 2 Ogos 2011...
Kami PJJ masa ni dan daku tak ingat daku BD bila...Kiki...
Daku keluar spotting 2 hari berturut-turut sebelum dapat UPT +ve on 7 September 2011 tu...Rasa pelik sebab, tak pernah lagi period daku datang macamtu...Biasanya terus flow je...Daku tak perasan pun yang daku mengandung dan ingatkan perubahan hormon selepas kahwin...
Hari yang daku buat UPT tu pun spotting masih lagi keluar sehinggalah ke hari yang daku warded tu...

8.9.2011, Khamis tu daku ke klinik dan cerita serba sedikit pada Doktor...Doktor cakap, ada 2 kemungkinan iaitu mungkin Implantation Spotting atau Threatened Miscarriaged...
Daku terus balik ke kampung dan masa dalam teksi daku call My Mum, ceritakan apa yang berlaku sambil tahan airmata dari menitis...Huhu...

Call Hubby dan dia balik hari Jumaat, 9.9.2011...Kesian kat dia sebab mesti dia penat dan risaukan daku masa tu...Kejap-kejap tanyakan daku pasal spotting tu...

10.9.2011, setelah kami bincang, kami buat keputusan untuk ke Hospital malam tu...Sebelum serahkan diri, kami singgah makan dulu...My Brother dan My Little Brother ikut sekali...

 

Kecik dan comel lagi Adik-Adik daku masa ni...Diorang masih sekolah lagi masa ni... 
Lepas makan, kami pun terus ke Bahagian Kecemasan Hospital Hulu Terengganu dan agak lama jugak menunggu...Daku suruh Hubby daku hantar adik-adik balik rumah dulu...

Tak ingat dah kejadian masa tu, tapi yang masih daku ingat masa nak transfer kes daku ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, Doktor lelaki tu ada masukkan alat macam muncung itik (masa ni memang tak tahu pun apa alat tu)...Kasar yang amat dirodoknya Ms V daku...Aduhai...Sakitnya Allah sahaja yang tahu...Masa nak kencing, perit yang amat daku rasakan...
Daku hanya bermalam semalam je kat HHT sebelum ditransfer ke HSNZ dan didiagnosed as ECTOPIC PREGNANCY.


Pengalaman naik Ambulans yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila pun...Pening wooo duk dalam tu...Huhu...

Bersambung kat ENTRY ni...






No comments:

Post a Comment