Wednesday, February 3, 2016

MINUMAN SELEPAS PERIOD

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni daku nak sharekan petua yang sangat bagus ni...
InshaAllah next period daku akan amalkan...


BAHAN-BAHAN

Halia (anggaran besar ibu jari)
Kunyit (anggaran besar ibu jari)
Serai (2 batang)
Daun pandan (2 helai)
Gula Batu atau Madu (ikut tekak)
Air 3 cawan
Tambahan jika perlu :::
:::: Sireh (2 helai) jika anda mengalami masalah keputihan
::::: Manjakani (1biji) untuk merapatkan bahagian bawah : tidak sesuai utk anak dara

CARA-CARA

Basuh bahan dan rebus semua bahan
3 cawan air hingga jadi 1 cawan air
Tak perlu dipotong / dihiris (kalau nak hiris pun terpulang)
Selepas air dah kering menjadi 1 cawan tutup api minum ketika suam (tak perlu diblend)

Kelebihan minuman ni:
😍 Membersihkan rahim selepas period
😍 Mengeluarkan angin
😍 Anti kanser
😍 memecahkan lemak-lemak
😍 Mengurangkan masalah bau badan
😍 Kalau ada masalah kemaluan berbau pun elok minum ni
👉🏼👉🏼 Minum sebulan sekali selepas period saja
# Boleh diminum oleh anak dara, mak dara, ibu nyusu (ikut kesesuaian bayi)
Tidak sesuai untuk IBU MENGANDUNG
==============================================
SEDAP KE??? Rasa apa???
Tak rasa apa-apa malah air ni wangi (sebab sesuai untuk bau badan) ada gula batu di jamin tak pahit tapi halia jangan lebih-lebih nanti rasa pedas la.
Jika anda tambah manjakani SUMPAH PAHIT GILA. Kalau tak tambah ok je.
--------------------------------------------------------------------------------
Boleh amalkan if period tak teratur, tapi SEBULAN SEKALI SAJA uolss jangan nak buat banyak kali ye dalam sebulan. Minuman ni memang untuk sebulan sekali saja, sebab penggunaan manjakani, sireh, kunyit yang berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid. Dalam erti kata lain cepat menopous.
==============================================
Testimonial
Dah 3bulan amal minum ni, memang badan rasa ringan, sendawa besar, bau badan pun berkurang. Rasa sihat je.
Aku memang suka amal benda macam ni lebih percaya cara lama dari ubat-ubat kalau libatkan dalaman.

C&P 
 
Update on 28 FEBRUARI 2016


Alhamdulillah, daku dah amalkan cycle ni...Tapi, tak ikut arahan yang dicadangkan iaitu minum 1x je sebulan...Daku plan nak minum 3x dalam 1 cycle tu, tapi disebabkan malam 26 Februari tu daku balik lewat (buat kerja kat rumah kakak - Kenduri kahwin anak saudara keesokan harinya) + mak, ayah dan adik daku bermalam kat rumah daku, so tak dapatlah nak merebus air tu...
Sempat minum malam 24 dan 25 Februari je...

Fuhhh!!!Memang terasa ringan badan...

Sebenarnya agak terlewat daku start minum tu...Sepatutnya, masa period yang spotting tu dah boleh start minum...
Resepi ni lebih kurang kawan TTC share dan Kak Jue yang cadangkan...





24 Februari
25 Februari

Beza kali pertama dan kedua penyediaan minuman tu, kali pertama daku campurkan sekali madu...Kali kedua, daku campurkan madu last sekali...Kali pertama, banyak jugak yang tinggal dalam periuk, dapatlah macam kat dalam gambar kat atas tu...Kali kedua, dapat sikit je...Mengelat betul...Hihi...

No comments:

Post a Comment