Wednesday, October 21, 2015

Treatment @ HSNZ

1) Pusat rawatan/hospital
- Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu

2) Usia perkahwinan sewaktu pertama kali temujanji
 - 1 Tahun 2 Bulan 23 Hari

3) Kronologi Treatment
26.08.12 (Ahad)


Ok...mula nak buat rawatan kat situ senang je...
Kena g kat Klinik Pesakit Luar tu...beratur amik no giliran bagai...kena tahan menunggu ler sebab ramai orang...tapi, alhamdulillah, saya hari tu memang kejap je...mungkin sebab, staf gomen kot...dpt no giliran lain sikit...then, bila dah dpt no giliran tu, masuk jumpa doktor...doktor akan tanya soalan LMP dan banyak lagi la berkaitan dgn kesuburan kita...Kebetulan saya g hari tu CD 3...nak g masa CD 2 tak leh sebab jatuh hari sabtu...saya cek hormon LH, FSH, tiroid dan prolaktin sekali...doktor akan isikan form untuk amik darah...kena g kat bilik 12...
CD 21 kena g amik darah lagi...tak perlu jumpa doktor dah...doktor hari tu dah siap isikan form dan kena bawak form tu kat bilik 12 tu bagi tujuan amik darah untuk cek hormon progesteron...mujurlah CD 21 jatuh hari kerja (13.09.12)...doktor tu jugak siap dah setkan appointment ke O&G 26.09.12...saya kena datang awal sikit untuk amik result hormon2 tu kat bilik yg doktor tu duduk (BILIK 2), then baru g kat O&G... kat O&G tu pulak, kawan saya cakap, akan dapat buku appointment...





4) Masalah kesuburan, cara diagnose dan kaedah-kaedah rawatan yang dicadangkan

26.09.12 (Rabu)

Part 1

Sebelum ke Kompleks Rawatan Harian (KRH), kena ke Klinik Pesakit Luar untuk ambil result hormon-hormon kat Bilik Doktor hari tu...Then, bawak result sekali dengan surat rujukan dari Doktor ke KRH...Kat KRH, register kat kaunter, then dapat no. giliran ke O&G…

Masa kat O&G, nurse akan panggil nama dan g kat satu bilik…Kat bilik tu nurse akan timbang berat, ukur tinggi dan cek tekanan darah…Dapatlah Buku Appointment…






ni result hormon FSH, LH dan Prolaktin

FSH : 7.72
Nilai normalnya: 3-20 mIU/mL (sumber dari internet)
LH : 6.55
Nilai normalnya: < 7 mIU/mL (sumber dari internet)

*** if LH > FSH will lead to PCOS
PROLAKTIN : 381.80 *** nampak tinggi,kan?tapi
sebenarnya dalam range lagi....
---> Reference Range : 102.00-796.00 mIU/mL
Nilai normalnya: < 24 ng/mL (sumber dari
internet)
*** camana nak convert ke dalam nilai mIU/mL...


ni result hormon Thyroid Stimulating Hormone (TSH), FREE T4 & Progesterone (P4)
TSH : 2.140 mIU/ml
Nilai normalnya:0.4-4 uIU/ml (sumber internet)
FREE T4 : 16.22 pnmol/L
---> Reference Range : 12.10-26.90 pnmol/L


Progesteron : 2.06nmol/L *** Low
Progesteron…Masa ni (13.9.12 - CD 21), suhu hanya 36.13 sahaja…cycle tu saya O pada CD 35…So, memang dah dapat agak yang result low…

*** Doktor cakap, nak 30 above untuk pregnant…


Pap Smear
Tak pernah kena pun lagi sebelum ni...sambil baring2 tu doktor cek tengkuk dan breasts...Then, baru buat pap smear...dah pernah kena spekulum tu, tapi tetap rasa seram...huhu
Tak plan pun nak buat ni...on the spot buat ni bila doktor tanya pernah buat ke belum....doktor cakap, memang takde org suka buat ni...tapi, alang2 ni amik peluang buat pap smear ni...tak sakit pun...cuma seriau je...huhu...doktor ada buat Vaginal Examination (VE) sekali...alhamdulillah, semua ok...


TAS (Tru Abdomen Scan)

MO Dr Nadia scan abdomen...borak dengan dia tanya apa yang dia ukur tu...dia cakap, ni uterus...terus daku tanya, ok ke?dia cakap, ok je...then, tanya pasal scan macam tu boleh nampak cycts ke?dia cakap, boleh je nampak...alhamdulillah, daku bebas dari semua tu...


Clomid 50mg untuk 3 cycles
Memang prosedur kat hospital ni gitu agaknya..sebab, masa daku mintak nak buat HSG, doktor tak benarkan dan siap cakap tak takut ke terdedah kepada radiasi?huhu...
Then, daku tanya lagi, boleh ke makan clomid tanpa cek tiub?guess what???jawapan doktor pakar tu
" assume tiub normal "....aiyakkk!!!
Bila makan clomid ni, doktor kat sini takkan buat TVS pun… sebab, pengalaman kawan daku memang gitu....dah makan clomid 3 cycles, tak berjaya...then, agaknya doktor suruh makan clomid dos 100mg pulak kot...

*** Kena datang CD 21 untuk amik darah cek progesterone lagi…


Cycle2 on clomid 50mg
Cycle 1 (15.10.12)  : O on CD 13, LP = 16
Cycle 2 (13.11.12) : O on CD 13, LP = 15
Cycle 3 (11.12.12) : O on CD 14, LP = 16

SFA (Semen Fluid Analysis)

Ingatkan boleh terus buat dalam masa terdekat...tapi, rupanya tak boleh...kena amik appointment kat makmal Jabatan Patologi...pusing2 daku duk cari lab tu...huhu.
JTMP tu tanya bila next appointment...rupanya nak seting tarikh untuk buat Semen Fluid Analysis ni...
So, dapatlah tarikh 10 Disember 2012…Kena buat dalam masa jarak yang terdekat dengan Next Appoinment…


4.11.12 - CD 21, DPO 8 @ O&G HSNZ ~
Part 2

Get ready untuk amik darah - cek progesterone for first cycle on clomid 50mg...
Alhamdulillah, hari ni suhu 36.91 on CD 21 DPO 8...
Cycle lepas reading progesterone level = 2.06 je suhu pun rendah time tu sebab belum ovulate lagi...
Alhamdulillah, tak sakit pun cucuk tadi... Pandai nurse tu amik darah, langsung tak rasa sakit...

Tadi sampai awal gile...pukul 7.10 pagi dah tercongok kat sana...tapi, nurse kat situ cakap, adik kena tunggulah sebab nurse sampai pukul 8.00 pagi...
Rupa-rupanya tak semua nurse boleh amik darah...Baru kutahu...
Pukul 7.50 pagi, nurse yang dimaksudkan amik darah daku...sambil dia buat persiapan, daku borak-borak dengan dia... (*** untuk hilangkan nervous sebenarnya...kui3 =p )
Daku tanya, kalau saya nak tahu result ni, macamana? Dia jawab, tak guna jugak tahu...bukan boleh buat apa-apa pun...Kena ikut stepnya dulu...
Borak-borak lagi....result nanti akan dikey in dalam sistem ye?
Nurse tu jawab, ha'ah...tapi hanya doktor saja yang boleh review....Jadi, adik kena tunggu next appointment la... *** Dalam hati, hurmmmm....lambatnya...:(


10.12.12
Part 3

Teman hubby ke hospital untuk buat SFA...Tak dapat nak buat dari rumah sebab takut tak sempat…So, plan buat kat hospital je…Sebenarnya, takde bilik khas yang disediakan, tapi daku tahu ada satu bilik yang dikhaskan untuk keluarkan semen bagi yang nak buat IUI…So, daku redah je ke bilik tu…Buat muka seposen…sebab, kat luar bilik tu ada ditampal SFA dan IUI…

Masa nak mintak permission nurse, dia sendiri cakap buat dari rumah or kat tempat lain, tapi daku buat muka kesian, so dia benarkan sebab hari tu takde orang nak buat SFA @ IUI pun…

19.12.12
Part 4

Masa second appointment, daku dah 3 cycles on clomid (masa tu CD 9).
Doktor view result progesterone masa on clomid hanya 34.+…Tak cukup lagi sebab doktor cakap, dia assume bila on clomid result akan 35 ke atas…
Doktor cadang untuk proceed IUI terus, tapi daku tolak dan request untuk buat HSG dulu…
So, dapatlah reference letter untuk buat HSG…Tapi, kena ke Jabatan X-Ray untuk set tarikh…
Doktor ada bagi Order Form untuk dibawa ke Farmasi…Clomid 100mg untuk 3 next cycles…
Cuma dapat clomid 100mg untuk 1 cycle je…Kena datang 17.1.13 untuk bakinya…
Di Jabatan X-ray, dapat tarikh 24.12.12…Alhamdulillah, dapat buat HSG dalam masa yang terdekat sebab 19.12.12 tu CD 9…HSG ni dijalankan pada CD 10 hingga CD 14…
So, 24.12.12 tu daku ngam2 CD 14…



24.12.12- CD 14 @ X-RAY, HSNZ ~
Part 5

Daku diberi ubat tahan sakit 1 jam sebelum prosedur HSG dijalankan…
Alhamdulillah, tak berapa sakit sebab dah ready dari segi mental dan fizikal…Set up dalam kepala yang tak sakit dan selawat banyak2 masa proses tu berjalan…
Resultnya, tiub kanan blocked dan tiub kiri normal…Tapi, Doktor cakap takde masalah untuk pregnant…

*** Nanti daku cerita details pasal HSG ni kat entry ni


17.1.13
Part 6

Pagi-pagi dah tercongok kat hospital...Sampai pukul 7.00 pg...Dah ada orang yang menunggu kat Kompleks Rawatan Harian tu...Lepas je tengok farmasi bukak,terus g kat situ,tup-tup kunci lagi...Rupanya, dah ada jugak yang menunggu...Diorang cakap buka pukul 7.30pg...So, kena tunggu 10minit...
Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan, sebab menunggu 5minit je, nombor dah dipanggil...Dapat stok Clomid untuk 2cycles...So, dah tak perlu datang lagi ke Hospital...
Nanti, kalau masih belum sampai rezeki, awal bulan 3 ni nak kena ambil darah CD 21 untuk cek progesterone level bila on Clomid 100mg... Next Appointment on 27.3.12...

30.01.13- CD 21, DPO 7 @ O&G HSNZ ~
Part 7

Saja2 amik darah - cek progesterone for first cycle on clomid 100mg (***doktor suruh amik on cycle ke2 on clomid 100mg...tapi, daku saja nak tengok perbandingan dengan result yang lepas masa on clomid 1st cycle 50mg seperti yang kak Maisura Fariz suggest...nanti akan follow up lagi amik darah 2nd cycle on clomid 100mg...suka amik darah sebab dapat nurse yang memang expert).
Suhu hari ni 36.68 on CD 21 DPO 7...Suhu masa first cycle on clomid 50mg = 36.91 on CD 21 DPO 8 (4.11.12)...Result Progesterone daku hanya 34.+ je, sedangkan doktor nak 35 above...huhu
*** Lepas amik darah, terus ke makmal untuk amik tarikh untuk repeat SFA again...Disebabkan hubby cuti lama masa CNY, so daku request untuk buat masa tu...Sebenarnya, prosedurnya kena amik 2 minggu sebelum tarikh next appointment...Tapi, daku berkeras jugak nak masa lepas raya cina tu...hehe...Dapat tarikh 13.2.13...Hope result better than yang lepas...Aamiin...


13.2.13
Part 8

Repeat SFA again...Prosedur sama macam Part 3.



3.3.13
Part 9

Amik darah lagi hari ni...
Cycle ni O pada CD 15...lewat 1@2 hari dari cycle-cycle on clomid yang lepas...
DPO 7 jatuh hari jumaat dan kat sini cuti hari jumaat dan sabtu...So, daku g hospital hari ni...Mula-mula nak g masa CD 21, tapi disebabkan daku O CD 15, so masa tu baru DPO 6 (Khamis)...Bila fikir-fikir kot-kot progesteron masih rendah masa tu, tu yang tak jadi g hari khamis...


27.3.13
Part 10

Baru 3x appointment dengan doktor dan dapat doktor perempuan semuanya...Tak ada rezeki lagi nak jumpa dengan Dr Roziana (Doktor Pakar).
Dalam pukul 8.30pagi, nombor giliran daku dipanggil...Masuk kat Bilik No. 4...
Duduk2 je Dr Milia terus cakap "Saya offer awak untuk buat IUI ye?'
Terkejut jugaklah, tapi memang itulah yang kami harapkan...
Alhamdulillah, bacaan result Progesteron daku yang first cycle amik clomid 100mg tu 70 dan yang second cycle amik clomid 100mg tu 66.5...Result SFA hubby pun normal kata doktor...Result HSG daku seperti yang daku inform sebelum ni...Tiub kanan tersumbat.Tapi, tiub kiri normal.Sebab tu la doktor offer buat IUI.
Berkali-kali jugak doktor tanya keputusan kami...Daku pandang hubby, hubby angguk je...Lagipun, memang kami dah discuss sebelum ni...Terus cakap setuju, then doktor cakap lagi, try IUI sekali, then terus proceed ke IVF (Erk?terkedu jap...sebab, kewangan tak mengizinkan...huhu).
Doktor terangkan sikit pasal IUI dan refer kami ke Infertility Department...Sempat tanyakan kat doktor tu berapa limit untuk buat IUI...Doktor tu cakap, bergantung pada umur...Kalau umur dah 35 ke atas, better buat sekali je IUI, then proceed IVF...

Clomid 100mg untuk 3 cycles
Cycle2 on clomid 100mg
Cycle 1 (10.01.13)  : O on CD 14, LP = 15
Cycle 2 (08.02.13) : O on CD 15, LP = 14

*** Tak makan last cycle tu sebab, last makan clomid tu efek pening2 dan loya2....

Di Infertility Department (dalam O&G tu jugak), ada nurse tu bagi IUI Planner…

On CD 2 hingga CD 6, makan je clomid yang balance hari tu…
On CD 7 hingga CD 9, kena datang hospital untuk suntik puregon…Tapi, kalau jatuh hari cuti, kena datang awal sehari, then cucuk sendiri sebab diorang akan bekalkan ubat tu…
On CD 12 TVS…

*** Sampai sekarang, dah 3 cycles try natural, tapi masih belum rezeki…

Plan cycle depan baru nak proceed IUI, tapi cycle ni macam ting tong je…Huk3 :(































































No comments:

Post a Comment