Wednesday, August 12, 2015

Cara-Cara Untuk BerBBT & My BBT Chart Part 1 - CYCLE PERTAMA HINGGA CYCLE KE-9

Banyak yang daku belajar dari beliau...
Perkenalkan ni sifu BBT daku yang banyak berkongsi ilmu dan beri tunjuk ajar kepada daku sampailah sekarang ni dah 40 cycles berBBT without fail...

-------------------------------------------------------------------------------------------------
 Ok, untuk permulaan bagi yang berminat nak belajar BBT ni, di sini saya copy and pastekan  
APA ITU BBT

Secara ringkasnya BBT (Body Basal Temperature / Suhu Badan Asas) ini adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti Hari Subur / Ovulasi dengan lebih tepat. Selain itu BBT ni juga banyak kelebihannya di samping membantu kita untuk memahami sistem reproduktif  tubuh badan sendiri.

Langkah-langkah awal untuk berBBT

  1. Mula-mula sekali mesti nak kena ada termometer. Sebaiknya gunakan yang digital dan adalah lebih bagus yang specific untuk BBT (2 decimals) sebab ianya lebih tepat kerana mempunyai 2 digit selepas titik perpuluhan. Walau bagaimanapun digital thermometer yang biasa masih boleh diguna pakai cuma ketepatannya mungkin agak berkurangan sedikit. Jika  thermometer classic (kaca) pula yang digunakan, thermometer hendaklah digoncang setiap malam sebelum tidur. Ini untuk memastikan raksa dalam thermometer tersebut akan kembali ke tempat asal.
  2. Mulakan ambil suhu pada hari pertama datang period. Hari pertama (CD 1) biasanya diambil kira bila darah period dah flow bukan spotting.
  3. Ambil suhu sejurus bangun tidur sebelum lakukan sebarang aktiviti termasuk bercakap. Bermakna buka je mata terus ambil suhu. Dan sebaiknya thermometer diletakkan berdekatan dengan tempat tidur, supaya mudah nak ambil. Kedudukan thermometer masa temping pun kena konsisten setiap hari. Ada 3 cara untuk ambil suhu, sama ada di bawah lidah, melalui vagina atau dubur.
  4. Pastikan tidur cukup sekurang-kurangnya 3 jam dan cuba disiplinkan diri untuk ambil suhu pada waktu yang sama setiap hari. Kalau dapat set alarm lagi bagus. Tapi kalau setakat terawal atau terkurang setengah jam, suhu masih boleh diguna pakai.

Hari Subur dan Ovulasi

Hari Subur (Fertile Window) biasanya ada 5 hari dan di dalam 5 hari tu terdapat 1 hari ovulasi (paling subur). Untuk preggy kita kenalah bersama dalam jangka waktu hari subur ni. Ada beberapa cara yang kita kena perhatikan untuk membantu kenali hari subur dengan lebih tepat, iaitu dengan cara check Cervical Mucus (lendiran faraj), Cervix Position (posisi servik) juga penggunaan OPK.


TANDA-TANDA OVULASI (FERTILE SIGNS)

-ovulation pain (Mittelschmerz)
-ovulation bleeding/spotting
-breast tenderness
-bloating(kembung)
-increase libido(sex drive)
-perubahan pada kedudukan serviks (cervix position)
-peningkatan pada BBT
-hormone LH surge (OPK positive)
-watery & eggwhite CM (Fertile Mucus)
-possible tenderness of groing lymph gland

Cervical Mucus
 
Terdapat 5 jenis Cervical Mucus yang harus dikenal pasti dan dicatat:

Dry = kering
Creamy = berwarna agak keputihan dan likat seakan mayonis
Sticky = berwarna jernih tapi melekat-lekat seakan gam
Watery = struktur yang agak cair dalam kuantiti yang banyak
Eggwhite = berwarna jernih, seakan putih telur dan boleh diregangkan beberapa cm tanpa putus dengan jari.

*** Watery dan Eggwhite adalah Fertile Mucus (lendiran faraj waktu subur).

Cara untuk mengenal pasti Cervical Mucus:

Selepas buang air dalam toilet, gunakan tisu untuk lap vagina. Perhatikan struktur, kuantiti juga warna cervical mucus tersebut. Ataupun boleh guna jari yang bersih dan masukkan dalam vagina. Ceduk sikit cervical mucus untuk diperhatikan. Elakkan check Cervical Mucus sejurus selepas BD / bersama suami untuk mengelakkan kekeliruan di antara Cervical Mucus atau lebihan semen.

Cara untuk mengenal pasti cervix position:

Dalam posisi mencangkung masukkan 1 atau 2 jari ke dalam vagina sampai kita dapat rasa pintu cervix yg lebih keras berbanding permukaan vagina yg lain. Ianya juga boleh dikatakan lembut seperti bibir kita atau adakalanya keras seakan hidung. Kita boleh dapat rasakan juga pintu cervix kita open atau closed. Selain tu kedudukan cervix tadi boleh diagak sama ada mudah dicapai (low) atau sukar untuk dicapai (high). Itulah ciri-ciri yang perlu kita perhatikan semasa mengenal pasti Cervix Position kita untuk menentukan hari subur.

Apabila subur Cervix Position biasanya dalam keadaan high dan soft, manakala hari tidak subur Cervix Position lebih low dan agak firm.
  

Abbreviation / short form juga istilah yang biasa digunakan dalam BBT: 

CD = Cycle Day
CM = Cervical Mucus
CP = Cervical Position
BD = Baby Dancing (Intercouse)
DPO = Day Past Ovulation
EW = Eggwhite
W= Watery
C= Creamy
S = Sticky
D = Dry
O = Ovulation
Biphasic = 2 Fasa Suhu pada graf
Triphasic = 3 Fasa Suhu pada graf
Luteal phase = Fasa Selepas Ovulasi
2ww= Two Week Wait
FF = Fertility Friend

Website yang biasa digunakan untuk online charting ialah fertility friend. Anda boleh sign up kat link ni :
http://www.fertilityfriend.com/ffo/signup.php

NOTES:
Fertility Friend akan mengeluarkan garisan berwarna merah yang menunjukkan anda telah ovulasi hanya selepas berlakunya peningkatan suhu yang mendadak selama 3 hari berturut-turut. Oleh kerana Hari Ovulasi akan dapat dikenal pasti hanya selepas 3 hari berlakunya peningkatan suhu, anda semua digalakkan untuk lebih alert dengan tanda-tanda ovulasi yang lain termasuk Fertile Mucus apabila memasuki Fertile Window agar tidak terlepas waktu untuk BD/ bersama. Tanda-tanda ovulasi adalah seperti berikut.

-keluarnya Cervical Mucus yang agak Watery ataupun Eggwhite.
-rasa ngilu di ari-ari.
-sedikit spotting berwarna coklat atau pink yang dikenali sebagai ovulation spotting.
-suhu akan jatuh sedikit (tetapi ada juga individu yang suhunya tidak jatuh semasa ovulasi).

Biasanya di graf anda FF akan keluarkan highlight berwarna hijau, menandakan anda berkemungkinan dalam fasa memasuki fertile window. So bila keluar je highlight hijau tu anda sudah boleh mula untuk bersama.





-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok, meh saya sharekan BBT Chart saya sepanjang saya berBBT
My BBT Chart

Start berBBT masa sebulan lepas gugur...
LMP : 13 September 2011 ---> Cycle Miscarriage
LMP : 13 Oktober 2011 ---> 1st Cycle



LMP : 13 September 2011
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
LMP : 13 Oktober 2011
Ovulation Day : CD 22
Luteal Phase : 14 Hari
Cycle Length : 36 Hari
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
19 November 2011
Ovulation Day : CD 22
Luteal Phase : 13 Hari
Cycle Length : 35 Hari
*** 1st cycle daku berOPK...Nanti daku update kat entry lain pasal OPK
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
23 Disember 2011
Ovulation Day : CD 18
Luteal Phase : 26 Hari
Cycle Length : 44 Hari
*** daku pregnant cycle ni, nanti daku update pasal ni entry lain
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
05 Februari 2012
Ovulation Day : CD 40
Luteal Phase : 9 Hari
Cycle Length : 49 Hari
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
25 Mac 2012
Ovulation Day : CD 18
Luteal Phase : 14 Hari
Cycle Length : 32 Hari
 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
26 April 2012
Ovulation Day : CD 27
Luteal Phase : 14 Hari
Cycle Length : 41 Hari
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
06 Jun 2012
Ovulation Day : CD 29
Luteal Phase : 13 Hari
Cycle Length : 42 Hari
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
18 Julai 2012
Ovulation Day : CD 27
Luteal Phase : 13 Hari
Cycle Length : 37 Hari
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
24 Ogos 2012
Ovulation Day : CD 35
Luteal Phase : 17 Hari
Cycle Length : 52 Hari
*** Daku kena UTI (Urine Tract Infection) a.k.a Kencing Kotor cycle ni...Nanti daku cerita kat entry lain


 -------------------------------------------------------------------------------------------------


Traffic Light (VIP Membership only)

Salah satu kelebihan BBT

Boleh klik kat link BaBy Tree (BBT) group (Closed Group) kalau berminat untuk join this group...
InshaAllah ramai yang akan membantu...


JEMPUT BACA


Daku aktif berforum kat sini :


Lepas tu dah tak aktif dah...Aktif kat group FB je...

No comments:

Post a Comment