Saturday, April 2, 2016

CYCLE KE-47 BERBBT - 02042016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Last cycle tak habis pun update pasal progesterone level...
Actually, daku dapat call dari Dr Anita dan dia inform yang progesterone level daku hanyalah 9.98 je...Huhuhu...
Sampai ke hari ni daku masih tak ambil lagi kertas result tu sebab sibuk sangat-sangat hari tu dengan persiapan dokumen untuk anugerah inovasi PBT...

Entry pasal last cycle dah ada kat draf, cuma malas nak continue...

Ok, nak update this cycle punya story...Cycle kali ni bersemangat sikit rasanya...
CD 4 start makan Minsyam Habatussauda
CD 6 - bekam
CD 8 hingga CD 10 - minum air kunyit
CD 9 - berurut


31 Mac 2016 daku mimpi banjir...Orang kata, kalau mimpi berkaitan dengan air, InshaAllah tak lama lagi akan dapat rezeki...Aamiin...

Bonda dah lama tunggu kehadiran dirimu, sayang,,,
Semoga kamu hadir dalam rahim Bonda tak lama lagi...
Semoga Allah mengurniakan rezeki buat yang masih menanti...Aamiin...


Ok, back to the story...Cycle kali ni daku start berOPK balik...
Sempat bagi OPK yang TTCian sedekahkan hari tu pada My Bos...



Gigih buat OPK start dari dapat EW hari tu...CD 16 hari tu masih -ve...




Daku jangkakan lagi 2@3 hari lepas tu baru dapat +ve, tapi rupa-rupanya semalam masa kat kampung, daku buat OPK (tu pun tetiba teringat nak buat dan memang dah bawak balik kampung siap-siap), resultnya....

.

.
.
.
.
.
.
.
.

TARAAAAA.....



it's +ve...YEAY!!!

Lepas ni pulak, UPT +ve...Aamiin...

Hari ni buat OPK dah -ve di pandangan mata daku...


BBT Chart pulak suhu macam pelik-pelik je...Agaknya sebab musim panas sekarang ni...
Takpela, teruskan usaha dan berBD...Harap Hubby dapat bagi kerjasama...

 

KUTU OH KUTU

Alhamdulillah, 31 Mac 2016 hari tu setel kutu yang daku join selama lebih kurang 10 bulan lamanya...Kejap je masa berlalu dan daku punya turn last sekali...





Kitorang setuju untuk terus sambung main kutu ni, tapi ada yang tak dapat join, so kenalah cari pengganti...Alhamdulillah dah dapat pengganti, tapi kali ni yang main hanya 9 orang sahaja...So, total akan dapat RM 1,600.00...


Semalam, dah ada yang start bayar dah...Turn daku pulak dapat giliran 1st...Hihihi..


Alhamdulillah, rezeki...

1st time dapat WA Personal pasal akad main kutu ni...Lepas ni, bolehlah praktikkan...


Lepas ni, nak kena g Kaunter PTPTN kat Giant Hypermarket untuk bayar PTPTN dengan duit tu...Jumlah duit yang akan dibayar, nak fikir dulu...Kiki


UPDATE 03052016

Alhamdulillah, selesai turn KUTU daku bagi bulan April...


Tuesday, March 8, 2016

Progesterone Level + Info

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Daku nak sharekan result progesterone level dan BBT chart daku yang lepas...
Istilah yang digunakan - Test Serum Progesterone D21 sebab mengambil kira normal cycle 28-30 hari iaitu Ovulate on CD 13 @ CD 14.....Macam kita yang ada buat BBT ni memang tahu exactly kita Ovulate, so memang blh counting la DPO 7 tu on CD berapa2...Kalau yang tak buat BBT, memang tak tahu...So, itulah salah satu kelebihan buat BBT...


Kat sini, daku nak kongsi pasal Blood Test serum Progesterone CD 21...
Sebagai contoh, cycle kat atas tu, daku tak Ovulate on CD 13@CD 14...
So, kalau amik darah untuk test hormon progesterone on CD 21 tu, mestilah resultnya tak accurate sebab daku belum Ovulate...

Based on BBT Chart tu, daku Ovulate on CD 21...
So, tak hairanlah kalau dapat result low (ni kalau daku takde ilmu BBT, mesti down dapat result macamtu)...
Untuk pengetahuan korang, untuk test hormon progesterone tu paling accurate buat masa DPO 7 hingga DPO 10...


Cara pengiraannya :

Katakan :
1) Ovulate on CD 13
So, CD 14 dah DPO 1
CD 15 dah DPO 2
....CD 21 ---> DPO 8
2) Ovulate on CD 14
So, CD 15 dah DPO 1
CD 16 dah DPO 2
....CD 21 ---> DPO 7

-------------------------------------------------------------------------------------------------
1) BBT chart daku masa buat progesterone test tu :
 

 

Masa mula-mula buat treatment kat HSNZ...
Cycle paling panjang selama buat BBT...
Ovulate lewat cycle ni...CD 35 baru Ovulate...
So, masa amik darah CD 21 tu, memang dah dapat agak akan dapat result low...
Memang betul pun...Masa 1st Appointment kat O&G, dapat result ni...

Progesterone daku hanya 2.06 je...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
2) BBT chart daku masa buat progesterone test tu :


 

Masa 1st cycle on clomid 100mg (sepatutnya, kena amik masa 2nd cycle on clomid 100mg, tapi daku sengaja nak badingkan dengan result 1st cycle on clomid 50mg), result progesterone daku 71.35...
Nampaknya, clomid memang respon pada badan daku, tapi belum sampai rezeki daku...
Cycle ni daku Ovulate on CD 14...

-------------------------------------------------------------------------------------------------
3) BBT chart daku masa buat progesterone test tu :


  
Masa 2nd cycle on clomid 100mg (tapi saya tak sure kenapa daku amik darah masa CD 24, bukan CD 21...pelik je), result progesterone daku 66.51...
Daku Ovulate CD 15 cycle ni...

-------------------------------------------------------------------------------------------------
4) BBT chart daku masa buat progesterone test tu :


Ok, yang ni last...
Kali ni, daku buat test sekali dengan CA 125...
Alhamdulillah, result progesteron daku ok...
Cycle ni daku Ovulate on CD 13 dan cycle terpendek dalam sejarah berBBT...



Result yang ni sahaja yang ada dalam simpanan, sebab yang lain tu buat di HSNZ, so daku tak diberikan kertas result tu...Doktor hanya simpan data dalam sistem diorang je...

InshaAllah this cycle nak repeat buat progesterone test ni di Klinik Ihsan, tapi tak sure harganya berapa...Mesti dah naik agaknya...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
5) Ni BBT Chart daku cycle ni setakat hari ni :



 Alhamdulillah, sempat buat Serum Progesterone Test hari ni...Hari ni Hubby daku balik awal, so masa on the way balik, kitorang singgah kat Klinik Ihsan, Jalan Hiliran Jejawi...
Masa tu, klinik tu dah nak tutup sebenarnya...Dah padam dah lampu, tapi sempatlah daku tanya kat staf yang jaga kaunter tu, then Doktor Anitawati jengukkan diri kat kaunter pendaftaran...Hajat di hati nak buat sekali dengan Test Kolesterol, tapi bila daku tanya syaratnya memang kena puasa at least 6jam...Last daku makan, pukul 1.00 petang tadi...
Tu la, dah plan nak call dulu klinik tu, tapi sibuk sangat, sampaikan terlupa..Lain kali, rajinkanlah diri search kat Google, barulah dapat info...

Ohye, Doktor Anitawati call kat Path Lab untuk confirmkan boleh tak ambil sampel darah daku tu esok, then dia akan simpankan dalam peti ais...Masa nak bayar tu, daku tanya kosnya berapa...Alhamdulillah, harganya tak naik...RM 45.00...Kalu buat kat BP Lab, kosnya RM 40.00...
   


Tak sabar nak tahu resultnya...Semoga resultnya ok dan baik-baik saja...Aamiin...
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok, ni sedikit info pasal hormon progesteron ni :






KEPENTINGAN HORMON PROGESTERONE :
Dr Zubaidi 

-------------------------------------------------------------------------------------------------  
 
Hari ni, menu our dinner -  Sambal Sotong, Telur Dadar, Ulaman Bendi dan Terung Bakar...
Nyummmy...

  




Malam semalam, Hubby daku belanja daku kasut kerja kat Kedai Footlink...
Dapat harga diskaun sempena promosi pembukaan kedai...Owner kedai tu staf kat tempat kerja daku jugak...Hadiah yang daku dapat ni sempena HARI WANITA yang jatuh pada hari ni...TQVM, Hubby...Love U So Much...







CANTIK SANGAT,KAN???
Hihihi =p

Sunday, March 6, 2016

Progesterone and CA 125 Test

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Daku pernah buat CA 125 Test dan Progesterone Test...
CA 125 Test tu adalah test untuk cek kanser dan Progesterone Test untuk cek kadar hormon progesteron...

 

Result CA 125 dan Serum Progesterone...
Alhamdulillah, result normal...
Saya buat kat klinik, then klinik tu yang akan hantar sampel ke BP Lab...
Kos Serum Progesterone BP Lab : RM 45
Kos CA 125 : RM 70
Kos Serum Progesterone Path Lab : RM 40
Kos CA 125 : RM 90

Saturday, March 5, 2016

Bukan Eksperimen Sudah - Ini Baru Real!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sambungan dari Entry yang lepas...

Seperti yang daku predict, daku memang confirm Ovulate on CD 16...

Ok, daku nak korang (bagi newbies) tengok satu persatu picture di bawah ye...


On CD 13, suhu daku 36.46...Agak tinggi jugak suhu tu dan daku rasa suhu jadi gitu disebabkan daku penat...


On CD 14, suhu daku 36.32...Ada Egg White (E) yang sangat-sangat meriah hari tu...


On CD 15, suhu daku 36.42 dan Egg White masih lagi muncul...Masa mula-mula key in suhu dari CD 3 hingga ke CD 17, garis merah tu takde pun...Tapi, bila daku edit balik data-data suhu satu persatu untuk explain details pasal ni, tetiba je garis merah tu appear...

Sedangkan sebelum ni, masa daku key in data on CD 17, barulah garis merah tu appear (boleh tengok picture kat bawah).
 

Jangan konfius ye...Garis merah tu hanya appear bila terdapat sekurang-kurangnya 3 hari peningkatan suhu...
Garis merah tu boleh appear bila dah DPO 5 (kat picture di atas) dan paling awal boleh appear bila dah DPO 3 (kat picture yang ada No.3)...
Untuk pastikan tak terlepas O, digalakkan buat OPK dan alert dengan tanda-tanda yang terjadi pada tubuh kita...



On CD 16, suhu daku 36.20 dan Egg White masih lagi muncul...Suhu turun, daku rasa Ovulation Pain hari tu...
Senak-senak kat belah kiri dan bloated yang amat sangat...

 

Bila key in data on CD 16, garis merah tu tiba-tiba hilang sebab suhu turun dan biphasic pattern pada chart turut hilang...



On CD 17, suhu daku mencanak naik ke 36.62 dan Egg White tu daku agak confius dengan lebihan semen, tapi bila malamnya masih lagi keluar (dah lebih 12 jam), so confirm tu adalah Egg White...
Garis merah tu appear balik kat CD 12, bila daku key in data suhu on CD 17...

On CD 18, suhu daku turun sikit ke 36.48, tapi masa tu dah ada rasa Tender Breasts... Sebenarnya, masa CD 17 tu dah ada rasa sikit Tender Breasts...Garis merah tu masih kekal kat CD 12...


On CD 19, suhu daku turun lagi ke 36.46, tapi garis merah tu dah berubah ke CD 16, macam yang daku predict hari tu...
 
 

Dapat nota seperti di atas bila key in data guna lappy...Kalau guna hp, tak sure keluar atau tak nota tu...
  

Hari ni CD 20, suhu daku terus naik ke 36.73 dan biphasic pattern ada chart makin clear...
Alhamdulillah...InshaAllah on DPO 7 nanti daku nak buat progesterone test...

Semalam, daku craving nak makan nasi kuning ayam goreng kat Kedai Makcik yang kat Kuala Bekah tu dan Alhamdulillah hari ni dah dapat makan nasi tu... Satu lagi, teringin nak makan tembikai...Adakah???








 InshaAllah, jika dah sampai rezeki kami cycle ni, semoga Allah permudahkan dan selamat hingga bersalin...Aamiin...